mENGENAI KAMI
SELAMAT DATANG KE COOKIES BORONG HUB OLEH COCONIA F&B
Coconia Food And Beverages adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti membuat dan membekal biskut coklat cip secara retail dan borong. Kilang kami beroperasi di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Selangor. Kami di Coconia amat mengalu-alukan penyertaan anda untuk menjadi ejen cookies kami.
MISI KAMI
Kami amat komited dalam mengeluarkan biskut coklat cip yang berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik supaya dapat menyediakan biskut yang sedap serta menyediakan peluang pendapatan kepada masyarakat.
PERJALANAN SYARIKAT
- - Jenis Perniagaan - Milikan Tunggal.
- - Berdaftar dengan SSM & mendapat Perakuan Pendaftaran Premis Makanan, - Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983.
- - pemilik dan semua staff adalah Muslim.
- - pemilik dan semua staff telah hadir Kursus Pengendali Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia & mengambil suntikan Typhoid secara berkala.
- - Bermula secara home-based pada tahun 2014 di Putrajaya dan mendapat - pengiktirafan “home-based food” di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
- - Membekalkan produk Chocolate Chips Cookies di lebih 50 buah Stesen Petronas sekitar Lembah Klang.
- - Mengembangkan perniagaan pada 2021 dan berpindah ke premis perniagaan di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Selangor.
- - syarikat dalam proses permohonan Sijil Halal.
- - Produk utama adalah biskut coklat chips (chocolate chips cookies).
- - meluaskan pasaran dengan membekalkan cookies secara borong (OEM).